SOAL JAWAB TENTANG INSURANS



Perpindahan NCD
1)Bagaimanakan jika saya ingin memindahkan NCD dari satu kereta ke kereta yang lain? 
Anda boleh memindahkan NCD dengan cara:
1. Online di SINI
2. Di Pejabat Etiqa: Anda boleh datang ke mana-mana cawangan Etiqa Takaful untuk mengisi borang Endorsment. Senarai cawangan Etiqa
  
 2)Bagaimanakan jika saya ingin memindahkan NCD dari Insuran lain ke kereta saya dengan Etiqa Takaful??
Anda perlu withdraw NCD dari insuran dan membawa surat akuan tersebut ke Pejabat Etiqa. 

Tuntutan Kemalangan


1)   Saya baru kemalangan, apa yang perlu saya buat? 
Report Polis dalam masa 24 jam
  
2)   Kemana boleh saya bawa kereta? 
Kemana-mana panel workshop Etiqa
  
3)Adakah saya akan hilang NCD jika membuat tuntutan? 
Bergantung kepada siapa yang bersalah, berdasarkan laporan polis 
  
 4)Apa jenis tuntutan yang boleh saya lakukan jika kemalangan? 
a-Gunakan policy sendiri, kesannya NCD akan terjejas
b- Buat tuntutan dari pihak ketiga(jika anda tidak bersalah), NCD anda tidak terjejas 
c- Od-KFK, buat tuntutan pihak ketiga dengan menggunakan Etiqa Takaful, NCD tidak akan terjejas

Tuntutan Cermin

1)Bagaimanakah saya membuat tuntutan pembaikan cermin depan? 
Hubungi kami  atau panel utama. Kami akan memberikan no tel anda kepada panel. Panel akan menghubungi anda untuk tindakan seterusnya.  
   
2)Adakah NCD akan hilang dengan membuat tuntutan cermin? 
Tidak, NCD anda akan kekal 
  
3)Apa dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan cermin? 
Tiada apa-apa dokumen. Anda hanya perlu bawa ke bengkel. Semuanya akan diuruskan oleh kami. 
  
4)Perlukan saya dahulukan wang kepada bengkel kemudian membuat tuntutan? 
Tidak, kami akan terus membuat bayaran dengan bengkel 
    
5)Bolehkan saya membuat tuntutan cermin 2 kali dalam setahun?
Anda boleh membuat tuntutan cermin tanpa had selagi tidak melebihi nilai sum insured cermin 
  
6)Bolehkah saya bayar dengan duit sendiri kemudian membuat tuntutan? 
Boleh, dengan syarat anda menyertakan gambar cermin sebelum & selepas, dan juga resit asal 
7)Bagaimana jika tiada gambar? 
Anda perlu membuat laporan polis. No report 

Soal & Jawab Masalah Insuran


1)  Apakah perbezaan Insuran Pihak Pertama & ketiga?
   
Undang-undang jalanraya Malaysia mewajibkan setiap kenderaan bermotor perlu memiliki perlindungan insurans pihak ketiga untuk melindungi kepentingan dan hak orang lain. bermakna, ada pihak yg akan menangung liabiliti akibat kecuaian pemegang polisi.

Contoh:
A - kereta A melanggar tembok rumah. tuan rumah boleh claim dari insurans pemilik kereta.

B - kereta A melanggar pejalan kaki. insurans akan menanggung kos perubatan dan gantirugi termasuk yang menyebabkan kematian dan kiraan nafkah hidup untuk mangsa.

C - kereta A melanggar kereta B. kereta B berhak membuat tuntutan pembaikan dan gantirugi dari insurans kereta A

sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan milik sendiri, maka pemilik tidak boleh buat tuntutan dari insurans sekiranya tidak mengambil Insuran Pihak Pertama (1st party) yang juga dikenali sebagai comprehensive/standard/lengkap. Ini bermakna selain dari pengguna lain, kenderaan milik sendiri turut dilindungi pihak insurans. Perlindungan komprehensif diwajibkan bagi kenderaan yang dibiayai secara sewa beli oleh pembiaya. Jika kenderaan sudah habis di bayar, pemilik ada pilihan untuk gunakan insurance 3rd party.
2)  Sekiranya kereta saya dilanggar, apakah yang boleh saya lakukan? 
Ada 2 cara untuk membuat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain. tapi MESTI lah ada keputusan polis bahawa orang itu bersalah. sekiranya dia disaman, bermakna dia bersalah. dan barulah anda boleh membuat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCB anda.

1. cara pertama ialah tuntutan pihak ketiga atau 3rd party claim. Anda baiki kereta anda, bayar dan gunakanr resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini ialah anda boleh buat tuntutanloss of use. contohnya, kereta anda tersadai selama 20 hari di bengkel dan anda dibolehkan menuntut kerugian. contohnya sehari RM50 x 20 hari = RM1,000.

2. cara kedua dipanggil OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. Proses tuntutan sama iaitu anda claim pada insurans pihak bersalah TETAPI melalui syarikat insurans anda. Dalam pengertian yang ringkas, anda claim melalui syarikat insurans anda kerana lebih cepat dan kemudian syarikat insurans anda akan membuat tuntutan semula dari syarikat insurans pihak ketiga. NCB anda tidak akan terjejas.
3)  Apakah NCB (Bonus Tanpa Tuntutan/ Non Claim Bonus)?
Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan memberikan anda  bonus/diskaun.

Peratusannya adalah seperti berikut
1st year = 25%
2nd year = 30%
3rd year = 38.33%
4th year = 45%
5th year = 55% (maksimum)

NCB boleh dipindahkan mengikut pemilik dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yang lain.NCB juga boleh dipindahkan sekiranya anda membeli kereta baru.

Sekiranya anda membuat tuntutan, NCB anda akan hilang, maknanya anda perlu membeli insuran tanpa mendapat diskaun.
4) Apakah faedah Extension & hubungkait dengan NCD? 
Perlindungan seperti banjir, windsreen dan accessories merupakan extension dari perlindungan komprehensif. Polisi insurans komprehensif tidak akan melindungi tuntutan disebabkan banjir, kecurian aksesori atau cermin pecah (melainkan pecah akibat kemalangan yang teruk). Begitu juga pokok tumbang akibat ribut @ uprooted trees melainkan pokok yg tumbang sendiri akibat struktur yg tua atau ditebang. Contoh-contoh Extension yang boleh ditambah pada polisi insurans komprehensif :
i. Windscreen

ii. Passenger liability - dalam kemalangan membabitkan kecederaan, keilatan kekal atau kematian, semua penumpang akan dilindungi oleh insuran.

iii. Damage other than accidents sepertia. banjir
b. tanah runtuh
c. dahan pokok jatuh disebabkan ribut

Jika anda extend dan kemudiannya membuat tuntutan ianya tidak akan mengurangkan/menghilangkan NCB.
5)  Apakah yang perlu disediakan untuk membuat tuntutan kemalangan?
Anda perlu menyediakan:

Dokumen Kemalangan
i. Salinan asal laporan polis
ii. Sketch map polis
iii Keputusan polis diperlukan sekiranya kita menuntut kerugian dari pihak ketiga (3rd party claim/Kemalangan jenis KFK)
iv borang tuntutan perlu diisi. selalunya dibuat oleh bengkel, pemilik cuma perlu tandatangan saja.
v. pemilik perlu membayar excess sekiranya ada.

Dokumen peribadi:

i. Salinan geran kenderaan
ii. Salinan policy insurance
iii. Salinan report police
iv. Salinan lesen memandu
v. Salinan I/C
vi. Salinan cover note (optional)

Soal & Jawab Tentang Masalah Renew Road Tax

1) Bilakah saya boleh memperbaharui cukai jalan
Anda boleh memperbaharui cukai jalan 2 bulan awal dari tarikh tamat tempoh cukai jalan anda 
    
2) Adakah Anda menyediakan insuran Third Party? 
Ya, kami juga menyediakan insuran 3 Party. 
3) Apakah dokumen yang diperlukan untuk membeli insurans?
Dokumen yang diperlukan adalah sangat minima, iaitu:
- Nota Pembaharuan / Polisi Insurans terdahulu
- Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (geran kereta); untuk rujukan no. chassis enjin  
4) Saya mempunyai NCD/NCB (No Claim Discount/No Claim Bonus) sebanyak 55% dari ejen insurans lain sebelum ini. Bolehkah saya mengekalkan NCD saya jika saya beli dengan Anda?
Ya, sistem insurans kami menggunakan sistem NCD Online, di mana status NCD akan diperiksa & disahkan secara ‘online’ dan telah dikemaskini oleh semua syarikat insurans di Malaysia. 
5) Jika saya mempunyai masalah dengan status NCD saya, siapakah yang saya boleh hubungi? 
Anda boleh menghubungi kami untuk kami bantu anda mendapatkan kepastian. 
6) Bilakah saya akan mendapat polisi insurans saya? 
Anda akan mendapat e-covernote dalam masa maksima 24 jam dari tarikh pembayaran dan mendapat polisi dalam masa maksima 48 jam. 
  
7) Apakah jaminan Anda akan memberikan servis selepas pembayaran di buat?
Sebagai orang Islam, kami tahu wang yang diambil sebegitu akan mengutamakan kami ke Neraka. Sekiranya anda mendapati kami tidak memberikan servis, anda boleh menghubungi  PDRM untuk membuat laporan.

No comments:

Post a Comment