Tuesday, April 15, 2014

Panduan Ringkas Tuntutan Insurans Kenderaan

Perlindungan Insurans atau Takaful Kenderaan melayakkan anda untuk membuat tuntutan kerosakan kenderaan akibat kemalangan dan juga tuntutan keatas kehilangan kenderaan. Namun begitu kelayakan tuntutan tersebut bergantung kepada jenis perlindungan insurans yang anda miliki samada jenis komprehensif (1st party) atau hanya jenis pihak ketiga (3rd party).
TUNTUTAN KEROSAKAN KENDERAAN (DAMAGE CLAIM)
Tuntutan kerosakan kenderaan akibat kemalangan pula terbahagi kepada dua kategori iaitu tuntutan kerosakan sendiri (own damage claim) dan tuntutan keatas insurans pihak ketiga (third party claim):
Own Damage Claim
  1. Tuntutan kerosakan kenderaan akibat kemalangan dibuat keatas syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan anda. Tuntutan jenis ini hanya boleh dibuat sekiranya kenderaan anda dilindungi oleh insurans/takaful jenis  komprehensif (1st party/comprehensive) dan seterusnya status NCB kenderaan anda hilang iaitu kembali ke 0%. Tiada tuntutan kerosakan kenderaan akibat kemalangan boleh dibuat jika kenderaan anda dilindungi oleh insurans/takaful jenis pihak ketiga (3rd party).
  2. Pastikan anda hanya menghantar kenderaan terbabit  ke panel workshop syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan anda. Jika sebaliknya, anda akan mengalami kesulitan untuk membuat tuntutan kerosakan kenderaan kelak.
  3. Panel workshop yang dipilih akan meminta dokumen yang diperlukan dari anda untuk memproses tuntutan kerosakan kenderaan terbabit dan seterusnya panel workshop tersebut akan menguruskan proses tuntutan kerosakan dengan pihak insurans/takaful.
  4. Panel workshop tersebut akan menghubungi anda apabila kenderaan telah siap diperbaiki atau anda sendiri boleh follow-up dengan pihak panel workshop tersebut untuk mengetahui status pembaikan kenderaan anda.
 Third Party Claim
  1. Third Party Claim hanya boleh dibuat sekiranya pihak anda didapati tidak bersalah didalam kemalangan sepertimana tercatat dalam lapuran yang dikeluarkan oleh pihak PDRM.  Kelebihannya adalah status NCB kenderaan anda tidak terjejas.
  2. Dua cara tuntutan boleh dibuat. Pertama, tuntutan kerosakan kenderaan anda boleh dibuat terus ke syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan pihak yang bersalah. Kedua, tuntutan kerosakan kenderaan anda boleh dibuat melalui syarikat insurans/kenderaan yang melindungi kenderaan anda (kaedah kedua ini hanya untuk kenderaan yang dilindungi oleh insurans/takaful jenis komprehensif sahaja).
TUNTUTAN KEHILANGAN KENDERAAN (THEFT CLAIM)
  1. Hanya kenderaan yang dilindungi oleh insurans/takaful jenis komprehensif sahaja boleh membuat tuntutan keatas kehilangan kenderaan.
  2. Status NCB kenderaan anda tersebut akan hilang dan kembali ke 0%.

LANGKAH PERLU DIAMBIL JIKA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN KENDERAAN
  1. Mengambil catatan mengenai kemalangan tersebut diantaranya adalah nombor kenderaan, nama, alamat dan telephone pihak yang terlibat dengan kemalangan.
  2. Membuat lapuran polis keatas kejadian kemalangan kenderaan dalam tempoh 24 jam.
  3. Menghubungi pihak  Auto Assist syarikat insurans/takaful anda dan hanya berurusan dengan pihak "Tow Truck" yang berdaftar atau dilantik oleh pihak syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan anda sahaja.
  4. Mengenal pasti dan memilih panel workshop syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan anda.
  5. Pastikan kenderaan anda tersebut dihantar ke panel workshop yang telah anda pilih.
  6. Memberitahu pihak syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan anda mengenai kemalangan dan panel workshop yang anda telah pilih.
  7. Menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada panel workshop yang dipilih tersebut untuk tujuan proses tuntutan kerosakan kenderaan anda.
  8. Dinasihatkan selalu menghubungi panel workshop yang dipilih dan syarikat insurans/takaful tersebut untuk mengetahui status pembaikan kerosakan kenderaan anda.

Apakah NCB kenderaan itu?

NCB adalah singkatan daripada "Non Claim Bonus" iaitu diskaun yang diberikan oleh syarikat insurans keatas pemilik kenderaan (kereta dan motosikal) yang tidak membuat tuntutan kemalangan. Peratusan NCB untuk kereta bermula dari 0% (minima) hingga ke 55% (maxima) sepertimana dibawah:
  1. NCB untuk kereta di Tahun Pertama - 0%.
  2. NCB untuk kereta di Tahun Kedua - 25%.
  3. NCB untuk kereta di Tahun Ketiga - 30%.
  4. NCB untuk kereta di Tahun Keempat - 38.33%.
  5. NCB untuk kereta di Tahun Kelima - 45%.
  6. NCB untuk kereta di Tahun Keenam - 55%.
Contoh, jika seorang pemilik kereta telah memiliki sebuah kereta selama 4 tahun penuh dari tarikh permulaan insurans kereta tersebut dan tidak pernah membuat tuntutan kemalangan dalam tempoh 4 tahun tersebut maka NCB kereta tersebut  untuk tahun berikutnya (Tahun Kelima) adalah 45%. Sebaliknya jika dalam Tahun Keempat tersebut beliau ada membuat tuntutan kemalangan keatas kereta tersebut maka NCB kereta tersebut ketika pembaharuan untuk Tahun Kelima NCBnya menjadi 0% kembali.

Check NCB Status

ISM PUBLIC NCD ENQUIRY
Vehicle Registration Number: (For e.g. WAP1234)
ID Number: 
First Name: 
Last Name: 
Email: 
Contact Number:     (Minimum 7 digit) 
Terms and Conditions: Yes, I have read and understood the Privacy Policy. 
 
Please contact your insurer if you have any queries on the NCD information. Thank you.
 Copyright © ISM Insurance Services Malaysia Berhad. All rights reserved.