Tuesday, April 15, 2014

Panduan Ringkas Tuntutan Insurans Kenderaan

Perlindungan Insurans atau Takaful Kenderaan melayakkan anda untuk membuat tuntutan kerosakan kenderaan akibat kemalangan dan juga tuntutan keatas kehilangan kenderaan. Namun begitu kelayakan tuntutan tersebut bergantung kepada jenis perlindungan insurans yang anda miliki samada jenis komprehensif (1st party) atau hanya jenis pihak ketiga (3rd party).
TUNTUTAN KEROSAKAN KENDERAAN (DAMAGE CLAIM)
Tuntutan kerosakan kenderaan akibat kemalangan pula terbahagi kepada dua kategori iaitu tuntutan kerosakan sendiri (own damage claim) dan tuntutan keatas insurans pihak ketiga (third party claim):
Own Damage Claim
  1. Tuntutan kerosakan kenderaan akibat kemalangan dibuat keatas syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan anda. Tuntutan jenis ini hanya boleh dibuat sekiranya kenderaan anda dilindungi oleh insurans/takaful jenis  komprehensif (1st party/comprehensive) dan seterusnya status NCB kenderaan anda hilang iaitu kembali ke 0%. Tiada tuntutan kerosakan kenderaan akibat kemalangan boleh dibuat jika kenderaan anda dilindungi oleh insurans/takaful jenis pihak ketiga (3rd party).
  2. Pastikan anda hanya menghantar kenderaan terbabit  ke panel workshop syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan anda. Jika sebaliknya, anda akan mengalami kesulitan untuk membuat tuntutan kerosakan kenderaan kelak.
  3. Panel workshop yang dipilih akan meminta dokumen yang diperlukan dari anda untuk memproses tuntutan kerosakan kenderaan terbabit dan seterusnya panel workshop tersebut akan menguruskan proses tuntutan kerosakan dengan pihak insurans/takaful.
  4. Panel workshop tersebut akan menghubungi anda apabila kenderaan telah siap diperbaiki atau anda sendiri boleh follow-up dengan pihak panel workshop tersebut untuk mengetahui status pembaikan kenderaan anda.
 Third Party Claim
  1. Third Party Claim hanya boleh dibuat sekiranya pihak anda didapati tidak bersalah didalam kemalangan sepertimana tercatat dalam lapuran yang dikeluarkan oleh pihak PDRM.  Kelebihannya adalah status NCB kenderaan anda tidak terjejas.
  2. Dua cara tuntutan boleh dibuat. Pertama, tuntutan kerosakan kenderaan anda boleh dibuat terus ke syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan pihak yang bersalah. Kedua, tuntutan kerosakan kenderaan anda boleh dibuat melalui syarikat insurans/kenderaan yang melindungi kenderaan anda (kaedah kedua ini hanya untuk kenderaan yang dilindungi oleh insurans/takaful jenis komprehensif sahaja).
TUNTUTAN KEHILANGAN KENDERAAN (THEFT CLAIM)
  1. Hanya kenderaan yang dilindungi oleh insurans/takaful jenis komprehensif sahaja boleh membuat tuntutan keatas kehilangan kenderaan.
  2. Status NCB kenderaan anda tersebut akan hilang dan kembali ke 0%.

LANGKAH PERLU DIAMBIL JIKA TERLIBAT DENGAN KEMALANGAN KENDERAAN
  1. Mengambil catatan mengenai kemalangan tersebut diantaranya adalah nombor kenderaan, nama, alamat dan telephone pihak yang terlibat dengan kemalangan.
  2. Membuat lapuran polis keatas kejadian kemalangan kenderaan dalam tempoh 24 jam.
  3. Menghubungi pihak  Auto Assist syarikat insurans/takaful anda dan hanya berurusan dengan pihak "Tow Truck" yang berdaftar atau dilantik oleh pihak syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan anda sahaja.
  4. Mengenal pasti dan memilih panel workshop syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan anda.
  5. Pastikan kenderaan anda tersebut dihantar ke panel workshop yang telah anda pilih.
  6. Memberitahu pihak syarikat insurans/takaful yang melindungi kenderaan anda mengenai kemalangan dan panel workshop yang anda telah pilih.
  7. Menyerahkan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada panel workshop yang dipilih tersebut untuk tujuan proses tuntutan kerosakan kenderaan anda.
  8. Dinasihatkan selalu menghubungi panel workshop yang dipilih dan syarikat insurans/takaful tersebut untuk mengetahui status pembaikan kerosakan kenderaan anda.

Apakah NCB kenderaan itu?

NCB adalah singkatan daripada "Non Claim Bonus" iaitu diskaun yang diberikan oleh syarikat insurans keatas pemilik kenderaan (kereta dan motosikal) yang tidak membuat tuntutan kemalangan. Peratusan NCB untuk kereta bermula dari 0% (minima) hingga ke 55% (maxima) sepertimana dibawah:
  1. NCB untuk kereta di Tahun Pertama - 0%.
  2. NCB untuk kereta di Tahun Kedua - 25%.
  3. NCB untuk kereta di Tahun Ketiga - 30%.
  4. NCB untuk kereta di Tahun Keempat - 38.33%.
  5. NCB untuk kereta di Tahun Kelima - 45%.
  6. NCB untuk kereta di Tahun Keenam - 55%.
Contoh, jika seorang pemilik kereta telah memiliki sebuah kereta selama 4 tahun penuh dari tarikh permulaan insurans kereta tersebut dan tidak pernah membuat tuntutan kemalangan dalam tempoh 4 tahun tersebut maka NCB kereta tersebut  untuk tahun berikutnya (Tahun Kelima) adalah 45%. Sebaliknya jika dalam Tahun Keempat tersebut beliau ada membuat tuntutan kemalangan keatas kereta tersebut maka NCB kereta tersebut ketika pembaharuan untuk Tahun Kelima NCBnya menjadi 0% kembali.

Check NCB Status

ISM PUBLIC NCD ENQUIRY
Vehicle Registration Number: (For e.g. WAP1234)
ID Number: 
First Name: 
Last Name: 
Email: 
Contact Number:     (Minimum 7 digit) 
Terms and Conditions: Yes, I have read and understood the Privacy Policy. 
 
Please contact your insurer if you have any queries on the NCD information. Thank you.
 Copyright © ISM Insurance Services Malaysia Berhad. All rights reserved.

Wednesday, March 19, 2014

Renew Roadtax & Renew Insuran?

Renew Roadtax & Renew Insuran?


Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. Anda boleh hubungi kami 019-2915336(T.Azman Shah) atau
 013-9958778 (T.Azmee T.Adnan) pada bila-bila masa.
Saya perhatikan ramai mengambil cuti terpaksa atau keluar hampir separuh hari semata-mata untuk renew insuranatau renew roadtax. Mereka terpaksa mengharungi kesesakan lalu lintas, panas dan hujan. Hal ini memang tidak digemari dan boleh dielakkan.

Ramai yang renew insuran semata-mata untuk renew roadtax tanpa mengetahu hak mereka sebagai pemegang polisi. Apabila kemalangan berlaku, mereka terpaksa mengeluarkan wang sendiri sedangkan mereka dilindungi oleh polisi insuran.
Masalah yang biasa kita dengar mengenai insuran kenderaan seperti:

1. Apa langkah-langkah perlu dilakukan jika berlaku kemalangan?
2. Sekiranya bekerja di luar negara, bolehkan pemilik kenderaan membuat pindahan NCD ke luar negara?
3. Apakah coverage oleh perlindungan insurans pihak ketiga?
4. Bagaimana hendak membuat tuntutan cermin yang retak@dipecahkan perompak?
5. Bagaimana tuntutan sekiranya pokok tumbang menimpa kereta?
6. Bagaimana memindahkan NCD bagi kereta yang hendak dijual?

Siapakah teman untuk anda rujuk?


KAMI AKAN MEMBANTU ANDA DALAM HAL INI. Saya percaya, anda tidak harus keseorangan dalam melindungi hak anda sebagai pemegang polisi dan pembayar roadtax

Renew Insuran & Renew Roadtax Online

CARA CEPAT, JIMAT DAN SELAMAT untuk anda RENEW INSURAN & RENEW ROADTAX dengan kami kerana anda dapat:
1) Menjimatkan masa tanpa perlu mengambil cuti semata-mata untuk urusan di bank & JPJ
2) Menjimatkan tenaga menempuhi kesesakan jalan raya
3) Menjimatkan wang dari kos-kos sampingan seperti belanja parking & petrol
4) Mengelakkan stress beratur di Pejabat POS & JPJ
5) Mengelakkan bosan menunggu di Bank untuk mendapatkan geran 
Mahukah anda?
1) Memperbaharui Insuran & roadtax dengan cepat, selesa & mudah?
2) Perlindungan kenderaan mengikut lunas Islam: Sistem Takaful
3) Menerima roadtax dalam masa 24 jam  di rumah/pejabat anda?
4) Pindahan NCD untuk pembaharuan tanpa masalah?
5) Memperbaharui roadtax tanpa memerlukan geran asal yang disimpan di bank?
6) Membayar roadtax melalui online banking (Maybank2u, CIMBCliks, RHB Online, PBeBank) ?
7) Anda juga boleh gunakan kad kredit atau mesin deposit
8) Servis perkhidmatan yang PERCUMA?
8) Kawan yang boleh dirujuk bila ditimpa masalah insuran kenderaan?
Anda akan mendapat support 24x7 yang mana saya jamin akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik. Sila pilih kaedah yang pembaharuan roadtax yang mampu menjimatkan masa anda.

Sila hubungi/whatapps 0192915336 (T.Azman Shah) dengan segera..Terima kasih
   

Tuesday, March 18, 2014

Perpindahan NCD

Perpindahan NCD
1) Bagaimanakan jika saya ingin memindahkan NCD dari satu kereta ke kereta yang lain? 
  
Anda boleh memindahkan NCD dengan cara:
1. Online di SINI
2. Di Pejabat Etiqa: Anda boleh datang ke mana-mana cawangan Etiqa Takaful untuk mengisi borang Endorsment. Senarai cawangan Etiqa
    
 2) Bagaimanakan jika saya ingin memindahkan NCD dari Insuran lain ke kereta saya dengan Etiqa Takaful??
  Anda perlu withdraw NCD dari insuran dan membawa surat akuan tersebut ke Pejabat Etiqa. 
   

Tuntutan Kemalangan

Tuntutan Kemalangan
1)   Saya baru kemalangan, apa yang perlu saya buat? 
  Report Polis dalam masa 24 jam
    
2)   Kemana boleh saya bawa kereta? 
  Kemana-mana panel workshop Etiqa
    
3) Adakah saya akan hilang NCD jika membuat tuntutan? 
  Bergantung kepada siapa yang bersalah, berdasarkan laporan polis 
    
 4) Apa jenis tuntutan yang boleh saya lakukan jika kemalangan? 
  a-Gunakan policy sendiri, kesannya NCD akan terjejas
  b- Buat tuntutan dari pihak ketiga(jika anda tidak bersalah), NCD anda tidak terjejas 
  c- Od-KFK, buat tuntutan pihak ketiga dengan menggunakan Etiqa Takaful, NCD tidak akan terjejas
   

Tuntutan Cermin

Tuntutan Cermin
1) Bagaimanakah saya membuat tuntutan pembaikan cermin depan? 
  Hubungi kami  atau panel utama. Kami akan memberikan no tel anda kepada panel. Panel akan menghubungi anda untuk tindakan seterusnya.  
     
2) Adakah NCD akan hilang dengan membuat tuntutan cermin? 
  Tidak, NCD anda akan kekal 
    
3) Apa dokumen yang diperlukan untuk membuat tuntutan cermin? 
  Tiada apa-apa dokumen. Anda hanya perlu bawa ke bengkel. Semuanya akan diuruskan oleh kami. 
    
4) Perlukan saya dahulukan wang kepada bengkel kemudian membuat tuntutan? 
  Tidak, kami akan terus membuat bayaran dengan bengkel 
     
5) Bolehkan saya membuat tuntutan cermin 2 kali dalam setahun?
  Anda boleh membuat tuntutan cermin tanpa had selagi tidak melebihi nilai sum insured cermin 
    
6) Bolehkah saya bayar dengan duit sendiri kemudian membuat tuntutan? 
  Boleh, dengan syarat anda menyertakan gambar cermin sebelum & selepas, dan juga resit asal 
   
7) Bagaimana jika tiada gambar? 
  Anda perlu membuat laporan polis. No report 

Soal & Jawab Masalah Insuran

Masalah Insuran
1)  Apakah perbezaan Insuran Pihak Pertama & ketiga?
   
Undang-undang jalanraya Malaysia mewajibkan setiap kenderaan bermotor perlu memiliki perlindungan insurans pihak ketiga untuk melindungi kepentingan dan hak orang lain. bermakna, ada pihak yg akan menangung liabiliti akibat kecuaian pemegang polisi.

Contoh:
A - kereta A melanggar tembok rumah. tuan rumah boleh claim dari insurans pemilik kereta.

B - kereta A melanggar pejalan kaki. insurans akan menanggung kos perubatan dan gantirugi termasuk yang menyebabkan kematian dan kiraan nafkah hidup untuk mangsa.

C - kereta A melanggar kereta B. kereta B berhak membuat tuntutan pembaikan dan gantirugi dari insurans kereta A

sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan milik sendiri, maka pemilik tidak boleh buat tuntutan dari insurans sekiranya tidak mengambil Insuran Pihak Pertama (1st party) yang juga dikenali sebagai comprehensive/standard/lengkap. Ini bermakna selain dari pengguna lain, kenderaan milik sendiri turut dilindungi pihak insurans. Perlindungan komprehensif diwajibkan bagi kenderaan yang dibiayai secara sewa beli oleh pembiaya. Jika kenderaan sudah habis di bayar, pemilik ada pilihan untuk gunakan insurance 3rd party.
2)  Sekiranya kereta saya dilanggar, apakah yang boleh saya lakukan? 
Ada 2 cara untuk membuat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain. tapi MESTI lah ada keputusan polis bahawa orang itu bersalah. sekiranya dia disaman, bermakna dia bersalah. dan barulah anda boleh membuat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCB anda.

1. cara pertama ialah tuntutan pihak ketiga atau 3rd party claim. Anda baiki kereta anda, bayar dan gunakanr resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini ialah anda boleh buat tuntutanloss of use. contohnya, kereta anda tersadai selama 20 hari di bengkel dan anda dibolehkan menuntut kerugian. contohnya sehari RM50 x 20 hari = RM1,000.

2. cara kedua dipanggil OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. Proses tuntutan sama iaitu anda claim pada insurans pihak bersalah TETAPI melalui syarikat insurans anda. Dalam pengertian yang ringkas, anda claim melalui syarikat insurans anda kerana lebih cepat dan kemudian syarikat insurans anda akan membuat tuntutan semula dari syarikat insurans pihak ketiga. NCB anda tidak akan terjejas.
3)  Apakah NCB (Bonus Tanpa Tuntutan/ Non Claim Bonus)?
Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan memberikan anda  bonus/diskaun.

Peratusannya adalah seperti berikut
1st year = 25%
2nd year = 30%
3rd year = 38.33%
4th year = 45%
5th year = 55% (maksimum)

NCB boleh dipindahkan mengikut pemilik dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yang lain.NCB juga boleh dipindahkan sekiranya anda membeli kereta baru.

Sekiranya anda membuat tuntutan, NCB anda akan hilang, maknanya anda perlu membeli insuran tanpa mendapat diskaun.
4) Apakah faedah Extension & hubungkait dengan NCD? 
Perlindungan seperti banjir, windsreen dan accessories merupakan extension dari perlindungan komprehensif. Polisi insurans komprehensif tidak akan melindungi tuntutan disebabkan banjir, kecurian aksesori atau cermin pecah (melainkan pecah akibat kemalangan yang teruk). Begitu juga pokok tumbang akibat ribut @ uprooted trees melainkan pokok yg tumbang sendiri akibat struktur yg tua atau ditebang. Contoh-contoh Extension yang boleh ditambah pada polisi insurans komprehensif :
i. Windscreen

ii. Passenger liability - dalam kemalangan membabitkan kecederaan, keilatan kekal atau kematian, semua penumpang akan dilindungi oleh insuran.

iii. Damage other than accidents sepertia. banjir
b. tanah runtuh
c. dahan pokok jatuh disebabkan ribut

Jika anda extend dan kemudiannya membuat tuntutan ianya tidak akan mengurangkan/menghilangkan NCB.
5)  Apakah yang perlu disediakan untuk membuat tuntutan kemalangan?
Anda perlu menyediakan:

Dokumen Kemalangan
i. Salinan asal laporan polis
ii. Sketch map polis
iii Keputusan polis diperlukan sekiranya kita menuntut kerugian dari pihak ketiga (3rd party claim/Kemalangan jenis KFK)
iv borang tuntutan perlu diisi. selalunya dibuat oleh bengkel, pemilik cuma perlu tandatangan saja.
v. pemilik perlu membayar excess sekiranya ada.

Dokumen peribadi:

i. Salinan geran kenderaan
ii. Salinan policy insurance
iii. Salinan report police
iv. Salinan lesen memandu
v. Salinan I/C
vi. Salinan cover note (optional)

Soal & Jawab Tentang Masalah Renew Road Tax

Masalah Renew Road Tax
1) Bilakah saya boleh memperbaharui cukai jalan
 Anda boleh memperbaharui cukai jalan 2 bulan awal dari tarikh tamat tempoh cukai jalan anda 
     
2) Adakah Anda menyediakan insuran Third Party? 
 Ya, kami juga menyediakan insuran 3 Party. 
  
3) Apakah dokumen yang diperlukan untuk membeli insurans?
 Dokumen yang diperlukan adalah sangat minima, iaitu:
- Nota Pembaharuan / Polisi Insurans terdahulu
- Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan (geran kereta); untuk rujukan no. chassis enjin  
  
4) Saya mempunyai NCD/NCB (No Claim Discount/No Claim Bonus) sebanyak 55% dari ejen insurans lain sebelum ini. Bolehkah saya mengekalkan NCD saya jika saya beli dengan Anda?
 Ya, sistem insurans kami menggunakan sistem NCD Online, di mana status NCD akan diperiksa & disahkan secara ‘online’ dan telah dikemaskini oleh semua syarikat insurans di Malaysia. 
  
5) Jika saya mempunyai masalah dengan status NCD saya, siapakah yang saya boleh hubungi? 
 Anda boleh menghubungi kami untuk kami bantu anda mendapatkan kepastian. 
  
6) Bilakah saya akan mendapat polisi insurans saya? 
 Anda akan mendapat e-covernote dalam masa maksima 24 jam dari tarikh pembayaran dan mendapat polisi dalam masa maksima 48 jam. 
   
7) Apakah jaminan Anda akan memberikan servis selepas pembayaran di buat?
 Sebagai orang Islam, kami tahu wang yang diambil sebegitu akan mengutamakan kami ke Neraka. Sekiranya anda mendapati kami tidak memberikan servis, anda boleh menghubungi  PDRM untuk membuat laporan.

Check Saman PDRM

Check Saman PDRM
  
Taip:
POLIS SAMAN NO_KENDARAAN
Hantar Ke:

32728
Contoh SMS:
POLIS SAMAN BAC123
 
* charge RM0.50 dikenakan

 MySMS 
Taip:
POLIS SAMAN NO_KENDARAAN
Hantar Ke:

15888
Contoh SMS:
POLIS SAMAN BAC123
 
 * charge RM0.20 dikenakan




Check NCD (Non Claim Discount)

Check Non Claim Discount (NCD)
 
1) Cara #1
Laman Web ISM Insurance Services Malaysia Berhad


2) Cara #2

Taip

POL NO_KENDERAAN
Hantar Ke:

36600
Contoh SMS

POL BAC123


3) Cara #3
Taip:
ISMNCD NO_KENDERAAN NO_KP
Hantar Ke:


36600
Contoh SMS:
ISMNCD BAC123 800202025722
 

Harga Cukai Kenderaan (Road Tax)

Harga Cukai Kenderaan
Semenajung Malaysia

i) Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap (flat) seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah RM 20.00
1001cc hingga 1200cc RM 55.00
1201cc hingga 1400cc RM 70.00
1401cc hingga 1600cc RM 90.00

ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar progresif seperti berikut:Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc RM 200.00 RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc RM 280.00 RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc RM 380.00 RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc RM 880.00 RM 2.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc RM 2,130.00 RM 4.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc

Sabah/Sarawak

i) Motokar berkapasiti enjin 1600cc dan ke bawah dikenakan kadar tetap (flat) seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar
1000cc dan ke bawah RM 20.00
1001cc hingga 1200cc RM 44.00
1201cc hingga 1400cc RM 56.00
1401cc hingga 1600cc RM 72.00

ii) Motokar berkapasiti enjin melebihi 1600cc dikenakan kadar asas dan tambahan kadar
progresif seperti berikut:
Kapasiti Enjin Kadar Asas Kadar Progresif
1601 hingga 1800cc RM 160.00 RM 0.32 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc
1801cc hingga 2000cc RM 224.00 RM 0.25 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc
2001cc hingga 2500cc RM 274.00 RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc
2501cc hingga 3000cc RM 524.00 RM1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc
Melebihi 3000cc RM1,024.00 RM1.35 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc

Pengiraan Harga Insurans

CAR INSURANCE
Basic CoveragePremium Calculation
Coverage TypeComprehensive
Engine Capacity (C.C.)
Sum Insured (RM)
Basic Coverage Sub TotalRM
No Claim Discount (NCD)
Basic Coverage Sub Total Less NCDRM
Additional Coverage
Windscreen (RM)
Radio/Accessories (RM)
Flood
Strike, Riot and Civil Commotion
Legal Liability to Passenger
Legal Liability of Passengers
Additional Drivers
(excluding 1st driver)
Alternative Transportation Coverage
Additional Coverage SubtotalRM
Stamp DutyRM 10.00
Total PremiumRM

http://www.roadtax2u.com/index.php?option=com_wrapper&Itemid=85